Followers

24 June 2012

Rindu Mak dan Ayah

Sungguh pantas masa berlalu sehingga tak di sedari saya dan adik beradik saya telah pon kehilangan mak dan ayah yang sangat disayangi. Allah lebih menyayangi mak dan ayah. Belum sempat melihat anak-anaknya berkahwin dan menimang cucu. Walaubagaimanapon kami bertiga sangat berbangga mempunyai mak dan ayah kerana mak dan ayah telah membesarkan kami dengan sempurna dan memberikan didikan agama yang sepatutnya.

Arwah mak telahpon menarik nafas terakhirnya pada 26 Mei 2009 bersamaan 1 Jamalakhir 1430 di Hospital Bukit Mertajam kerana mengalami masalah jantung. Tanpa amanat dan pesanan terakhir yang arwah mak sampaikan sebelum pemergiannya. Namun segala nasihat dan kata semangat akan aku ambik dan jadikan pedoman dalam kehidupan harian.

Setelah itu, bermulalah kehidupan kami (saya,abang,adik dan ayah) tanpa arwah mak. Alhamdulillah pemergian mak amat sempurna kerana arwah telah melihat ketiga-tiga anaknya telah melangkah kaki masuk ke Universiti. Kehidupan kami teramat sunyi tanpa ada leteran seorang ibu. Namun kami tetap kuatkan semangat dan teruskan kehidupan masing-masing.

Sekali lagi, saya rasa amat terkilan kerana Allah amat menyayangi ayah. Kini ayah pula pergi buat selama-lamanya. Arwah ayah telah pon menarik nafas terakhir pada 6 April 2012 bersamaan 14 Jamadilawal 1433 juga di Hospital Bukit Mertajam dan juga mengalami masalah jantung. Arwah ayah pergi dengan tenang sekali juga tanpa sebarang amanat dan kata-kata terakhir beliau. Ya, Allah kehidupan kami bertiga berasa begitu sunyi yang teramat. Begitu pantas masa berlalu kami bertiga sekarang melalui kehidupan tanpa mak dan ayah.

"Ya Allah, engkau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang beriman dan orang yang soleh dan engkau cucuri rahmat keatas ibu bapaku di sana"

Cukup indah ciptaanmu mencipta pasangan ini (mak dan ayah). Keadaan mak dan ayah sebelum menarik nafas terakhir sama dan meninggal dalam keadaan yang sama. 3 perkara yang paling indah : Perbezaan umur mak dan ayah beza 3 tahun, perbezaan meninggal beza 3 tahun dan mempunyai anak 3 orang.

~~~~~~~ AL-FATIHAH ~~~~~~~

No comments: