Followers

17 July 2009

TIPS UNTUK CEMERLANG


1- Bertanggungjawab pada diri sendiri
☺Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2- Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
☺Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3- Dahulukan mana yang penting. Lakukan dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda trentukan sendiri.
☺ Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4- Anggap anda berada dalam win-win situation (situasi menang-menang).
☺ Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5- Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda.
☺ Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6- Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut.
☺ Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor). Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7- Cabar diri sendiri secara kesinambungan.
☺ Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

No comments: