Followers

19 July 2009

KITA BERSAUDARA

Semua orang/umat Islam adalah bersaudara. انما المؤمنين اخوة Justeru usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan sebagai orang Islam.

Disebabkan itu juga umat Islam dinajurkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah. Hindarilah sikap benci-membenci dan hasad dengki kerana itu akan memberi impak perpecahan dan kemunduran.

Kuatnya ikatan kasih sayang kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saudara seagama, kita rasa sakit andai saudara kita disakiti dan kita rasa sedih andai saudara kita dihina.

Ini juga menepati sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
( Riwayat Muslim )

17 July 2009

TIPS UNTUK CEMERLANG


1- Bertanggungjawab pada diri sendiri
☺Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2- Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
☺Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3- Dahulukan mana yang penting. Lakukan dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda trentukan sendiri.
☺ Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4- Anggap anda berada dalam win-win situation (situasi menang-menang).
☺ Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5- Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda.
☺ Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6- Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut.
☺ Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor). Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7- Cabar diri sendiri secara kesinambungan.
☺ Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

Keutamaan menghubungkan UKHUWAH

Imam Syafie pernah memberikan wasiat, sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka dia akan memperoleh sepuluh keutamaan iaitu :
- mendapat keredhaan Allah swt kerana Allah swt amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga dengan penduduk di langit.
- Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
- Dapat menambahkan amal pahala selepas meninggal dunia kelak
- Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
- Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua-dua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang yang beriman.
- Allah akan melanjutkan usianya.
- Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati
- Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.