Followers

05 October 2009

28 September 2009

Muhasabah Cinta



Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

SEKETUL KEJU & SEHELAI TUALA KECIL



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam isteri, yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. InsyaAllah."

26 September 2009

DIARI RAYA SEMINGGU

20 SEPTEMBER 2009
Alhamdulillah selesai berpuasa...hari kemenangan buat umat Islam. Namun raya tahun ni rasa sangat tak bermakna bagi aku ngn family. Tapi buat macam biasa je raya jugak la. pagi dah bangun awal-awal sediakan makan untuk family sebelum pergi sembahyang raya..pukul 8.30am aku n adik dah kuar p masjid...selepas raya paling menghayat hati terkenang sangat arwah emak tahun ni pertama kali x dapat beraya dengan mak. selepas je selesai solat terus pergi kekubur mak.. tak tahan meleleh manik2 jernih daripada mata aku...huhuhu... dah tu balik rumah baru mula beraya dengan sesama family... macam biasa kalau raya pertama mesti adik-adik ayah datang rumah coz ayah anak sulung jd wajib depa datang rumah..hehehehe... macam open house pon ada tapi tahun ni lain sikit sebab dua org je yang dtg yang len datg sebelah malam n keesokkan hari. Walaupun sedih namun ade gak kegembiraan aku n adik aku berjaya juga menyediakan ketupat daun pisang ngan rendang daging. hmm semua org xpercaya yang kami dua beradik boleh buat ketupat sama dengan arwah mak buat...anak sape kan...pe pon tq sangat kat maksu sebab dia yang tolong kami buat. ketupat n rendang yang kami buat akhirnya habis juga di makan pada hari pertama ni..alhamdulillah.

21 SEPTEMBER 2009
Pagi2 lagi adik aku dah dapat call p.cik dari kuala selangor, depa nak datg beraya. seronok tu seronok klu depa mai tapi memg xmenang tangan nak kena masak banyak2. bayangkan anak dia dah 8 org cucu pulak dah dekat 20 org..fuh letih nak layan. dalam jam 12 tghri depa pon sampai. kali ni memg terkejut gila sbb bertambah plk ada yg baru dpt anak n bawa plk sedara depa dari kmpg. memg nak pengsan. sampai dah xtau sape tuan rumah sebenrnya.sebelum depa sampai kami berdua dah sediakan makanan kira banyak la jugak taku xcukup siap wat ayam masak lada yang digemari oleh sedara2 yang lain.. resepi turun menurun la kiranya. tu pon xcukup bgi depa nasibla p.cik awai lagi dh belikn lauk so ape lg anak2 dia la yg masakkn sume laik yg ayah depa beli..kami rileks jugak la. bila nak dekat malam terpaksa la separuh tdo kat kmpg jarak. lebih krg kul 4 pagi depa bertolak blik selngor takut jam jln.

22 SEPTEMBER 2009
Sampai hari ketiga kami sekeluarga xp jalan mana2 lg. ayah aku dah pergi blik kmpg dia kemarin lagi sebb ramai sgt so dia xjd balik rumah. kami bertiga plan nak blik ptg ni gak kmpg ayah. tiba2 plak kawan aku n kawan adik aku nak datang rumah. mulanya kwn aku yg cnfrm nak dtg dulu tp last kwn adik aku plk yg dtg dulu. kwn2 aku sampai seminit je lambt dari kwn adik aku. so rumah kami jd ramai la gak. yang agak terkejut nya kawan2 laki kwn adik aku na aku xpenah2 dtg rumah.. tiba2 taun ni berani plak. aku dah agak masa arwah mak ade mana ade yg berani dtg mak pon marah klu dgr kwn laki nak mai. so taun ni depa berani la dtg. hehehehe. hr tu aku masak bihun goreng, mee sanggul, nugget n finger2 chicken je hidang kat depa. jadi la kan wat pa nak masak lebih2 membazir lak nti. jadi plan kami balik kmpg ayah xjadi so kami p waktu malam tu pon sempat p satu rumah je. yang len tgu p raya haji la plak kot..hehehehe.

23 SEPTEMBER 2009
Hari ni xde sape yang nak datang rumah dah cuma sorg dua je kawan adik yg datg. Tapi tghr ni malas sgt nak masak... dah byk hr xmasak tghri so xde mood lgi. ayah pon rancg nak belikn nasi bingkus je kat kedai. klu beli nasi bingkus kena kuar duit. so kami bertiga pya plan baik kita p raya rumah org untung2 bleh makan tghri hehehehe. ayah dia p umah adik dia, abg plak p raya umah kawan dia... aku n adik p raya umah sepupu emak. lagi pun ade hal lain p umah tu nak ambik sijil yg aku kirim kat spupu suruh ambkkn.. so kami p lepas zohor. alhmdulillh memg hri tu depa wat mkn tghri gak sbb de tetamu.. memang beruntung la.. dah la hujan so lama sikit la dok sana. ptg sikit br kami blik umah.

24 SEPTEMBER 2009
Hari ni aku dok umah je lagipon byk lagi asaimen yng xsiap so blh la hbskan sikit2. Tpi hr ni rasa mcm rajin sikit nak masak n kwn adik aku pon nk dtg so wat la masak2 sikit. leh la rehat sikit alang2 dah xp mana2.

25 SEPTEMBER 2009
Hari ni pon tak kuar mana cuma yang best sebb dapat sambut birthday ayah. aku masakkan lauk biasa je n abng kuar belikan kenny rogers... SELAMAT HARI LAHIR AYAH yg ke 66 tahun .Moga d panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

26 SEPTEMBER 2009
Hari ni cukup la seminggu kita beraya. klu sape2 yng wat puasa enam sok boleh raya lagi la.. disebabkan adik aku dah nak blik esok so aku bawa adik aku makan kat luar. lgpon ayah ade kenduri. n ajak guru debat untuk prepare debat aku hr khms nti. kami kuar p jusco n p makan laksa shake n guru debat nak makan chicken chop aku belanja la depa nanti susah dah nak kuar tgu cuti sem lak br leh jumpa n borak2 lg. apa yang aku rasa tahun ni xla meriah sangat. lagipon aku dah xdpt duit raya...huhuhu.. thun dpn aku lak kena bg duit raya kat irg laa. xsangka dah tua rupanya..

sampai sini je kisah seminggu aku beraya.. mgu depan dah nak mula kelas. SO nak kena siapkan proposal, ready for debate, siapkan gak asaimen yang tertunda.. SELAMAT HARI RAYA PEMBACA SEMUA... MAAF ZAHIR DAN BATIN

06 September 2009

PERISTIWA NUZUL QURAN

Esok cuti lagi...alhamdulillah...sempena nuzul al-Quran Disini saya nak berkongsi la sikit pasal peristiwa nuzul al-Quran. Sebelum ini saya dah bagi keterangan pasal al-Quran...so sekarang pasal sejarah diturunkan al-Quran pula.


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

04 September 2009

MERCUN DI BULAN PUASA/RAYA



Setiap kali tiba sahaja bulan puasa dah memang sinonim untuk kanak-kanak terutamanya mesti bermain mercun/bunga api. Aku dulu pon sama la juga mesti berebut2 nak p beli bunga api.. best kan?? ada bunga api besi, bunga api warna-warni, yang biasa tu macam xbest sangat. Tapi seingat aku xde la sampai pernah beli mercun...gerun juga takut bahaya diri. Paling koman pon mercun bawang...ha???? mercun bawang???? ala mercun yang baling kat lantai tu meletup la...hm mercun tu ja yang nampaka selamat sikit pon. Antara jenis2 mercun yang ada biasa aku dengar mercun roket, mercun papan, mercun telur naga, mercun ular...yang tu je kot


Ni la gambar separuh premis yang dah pernah kena tahan sebab jual mercun..hmmm. tu la oranf dah larang nak juga jual.. pastu tengok la ap lak akibat yang jadi bila seronok sangat main mercun ni.




ha..ni baru kena jari.. 'nauzubillahi min zalik'..tu baru main mercun biasa kot cuba main meriam buluh plak... Mangsa mercun yang pertama bulan puasa tahun ni adik Muhammad Nur Sufyan dari Kuala Terengganu yang hilang 3 jari...baru ja berapa tahun macamna tu nak belajar nanti nak tulis macamna...ish...ish..ish...
Apa puncanya kanak-kanak suka sangat main mercun ni???? kenapa plak main di bulan puasa??? atau nak dekat raya???? mak bapak diorang xlarang ka???
Pernah dengar kisah pasal main mercun ni ada yang menjawab katanya bila bakaq mercun habis semua syaitan-syaitan lari... Mana la ada syaitan bulan ramadhan ni Allah dah kata Dia nak ikat syaitan2 ni masa bulan Ramadhan... Tu bukan nak halau syaitan lagi dah yang nak halau malaikat uyang nak turun tengok amal ibadah manusia masa tu.. MasyaAllah... kesian la org yang dok pulun wat beribadah x ditengok oleh malaikat...hehehehehe.
Kepada ibu bapa diluar sana tu...kalau sayangkan anaka-anak tuan/puan perhatikan dan kawallah anak daripada bermain mercun. Banyak keburukan dia. tak pasal2 duit pon terbakar. Bukannya murah mercun sekarang ni.
Di harap daripada kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. kalau korang semua x sayangkan family korang belilah mercun banyak2 dan mainlah puas2.
Wallahu a'lam.

The Qur'an


The Qur’an[1] (Arabic: القرآنal-qur’ān, literally "the recitation"; also sometimes transliterated as Qur’ān, Koran, Alcoran or Al-Qur’ān) is the central religious text of Islam. Muslims believe the Qur’an to be the book of divine guidance and direction for mankind, and consider the original Arabic text to be the final revelation of God.[2][3][4][5] Islam holds that the Qur’an was revealed to Muhammad by the angel Jibrīl (Gabriel) over a period of 23 years.[2][6][7] The Qur'an purports to be the main miracle of Muhammad, thus its inimitability validates his status as a prophet.[8] Muslims regard the Qur’an as the culmination of a series of divine messages that started with those revealed to Adam, regarded in Islam as the first prophet, and continued with the Suhuf Ibrahim (Scrolls of Abraham),[9] the Tawrat (Torah),[10][11] the Zabur (Psalms),[12][13] and the Injeel (Gospel).[14][15][16] The aforementioned books are not explicitly included in the Qur’an, but are recognized therein.[17][18] The Qur’an also refers[19] to many events from Jewish and Christian scriptures, some of which are retold in comparatively distinctive ways from the Bible and the Torah, while obliquely referring to other events described explicitly in those texts.

The Qur'an itself expresses that it is the book of guidance. Therefore it rarely offers detailed accounts of historical events; the text instead typically placing emphasis on the moral significance of an event rather than its narrative sequence.[20] It does not describe natural facts in a scientific manner but teaches that natural and supernatural events are signs of God.[21]

The Qur’an was written down by Muhammad's companions while he was alive, although the prime method of transmission was oral. It was compiled in the time of Abu Bakr, the first caliph, and was standardized in the time of Uthman, the third caliph. The Qur’an in its actual form is generally considered by academic scholars to record the words spoken by Muhammad because the search for variants in Western academia has not yielded any differences of great significance and that historically controversy over the content of the Qur’an has never become a main point. [22][23] Therefore all Muslims, Sunni or Shia, use the same Qur’an.

Tanpa IBU di sisi

Cepat sungguh masa berputar...
Pejam celik pejam celik dan sambung master aku rupanya....
Rasa macam baru kemarin je ambik exam UPSR...hm..pembohong la tu..
Dan perkara yang paling aku tak percaya dalam hidup ni adalah perginya insan yang paling bermakna dalam hidup... Emak.... kak rindu sangat belaian kasih mak... Maafkan kak kerana tak sempat untuk membalas segala jasa yang telah mak berikan selama hidup kak... Semoga Allah tempatkan mak bersama-sama para syuhada' dan solihin di sana.... amiinn...
Sekarang baru aku tahu betapa susahnya kehidupan seorang ibu...
Setelah aku mengalaminya beberpa bulan ni barulah aku menyedari bagaimana pengorbanan seorang ibu walaupun aku belum berumah tangga...
Pagi aku pergi menuntut mencari ilmu pengetahuan yang belum sempurna untuk aku... balik pula menjalankan kehidupan aku sebagai pendidik untuk membimbing generasi muda kearah keredhaan Allah s.w.t...
Sepanjang bulan puasa ni pula lepas kerja terus balik untuk sediakan santapan untuk berbuka buat abangku....ayah aku selalu berbuka di masjid... Begitu la rutin harian aku... sehingga kadang-kadang terlalu letih terlena sejenak selepas maghrib...huhuhu...
Bila aku keseorangan begini dirumah, aku merasakan hangatnya kasih ibu sekiranya dia berada disisis aku lagi....tempat untuk aku meluahkan rasa.... Tak sama rasanya pabila berbual dengan ibu daripada ayah...tapi apakan daya terpakasa juga aku menceritakan segala luahan hati aku kepada ayah dengan harapan ayah akan menjadi teman untukku sepanjang kehidupan aku selepas ini...
Rasa sunyi sangat Ramadhan kali ini...walaupun baru tahun ni aku mengambut ramadhan penuh di rumah tapi aku tetap merasakan kehilangan sesuatu yang tidah dapat digambarkan..
Bagaimanakah aku sekeluarga akan sanggup mengahadapi hari raya dengan seronoknya tanpa insan yang selalu mengambil berat dan menyiapkan juadah hari raya....
Ya Allah apakah ini dugaan untuk aku agar lebih kuat dalam menghadapi hari-hari yang akan datang...dengan hanya pertolongan dan bantuang dariMu aku harapkan. Peliharalah ibuku di sana....amiinn...

19 July 2009

KITA BERSAUDARA

Semua orang/umat Islam adalah bersaudara. انما المؤمنين اخوة Justeru usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan sebagai orang Islam.

Disebabkan itu juga umat Islam dinajurkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah. Hindarilah sikap benci-membenci dan hasad dengki kerana itu akan memberi impak perpecahan dan kemunduran.

Kuatnya ikatan kasih sayang kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saudara seagama, kita rasa sakit andai saudara kita disakiti dan kita rasa sedih andai saudara kita dihina.

Ini juga menepati sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
( Riwayat Muslim )

17 July 2009

TIPS UNTUK CEMERLANG


1- Bertanggungjawab pada diri sendiri
☺Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2- Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.
☺Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3- Dahulukan mana yang penting. Lakukan dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda trentukan sendiri.
☺ Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4- Anggap anda berada dalam win-win situation (situasi menang-menang).
☺ Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5- Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda.
☺ Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6- Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut.
☺ Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor). Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7- Cabar diri sendiri secara kesinambungan.
☺ Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

Keutamaan menghubungkan UKHUWAH

Imam Syafie pernah memberikan wasiat, sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka dia akan memperoleh sepuluh keutamaan iaitu :
- mendapat keredhaan Allah swt kerana Allah swt amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga dengan penduduk di langit.
- Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
- Dapat menambahkan amal pahala selepas meninggal dunia kelak
- Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
- Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua-dua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang yang beriman.
- Allah akan melanjutkan usianya.
- Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati
- Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

03 April 2009

Wanita Solehah Idaman Mujahid

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul," Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.