Followers

20 April 2013

ku damba cinta Ilahi

اَللهُم اني أسئلك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك . اللهم اجعل حبك أحب الي من نفسي وأهلي ، ومن الماء البارد
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih mencintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk.

24 June 2012

Rindu Mak dan Ayah

Sungguh pantas masa berlalu sehingga tak di sedari saya dan adik beradik saya telah pon kehilangan mak dan ayah yang sangat disayangi. Allah lebih menyayangi mak dan ayah. Belum sempat melihat anak-anaknya berkahwin dan menimang cucu. Walaubagaimanapon kami bertiga sangat berbangga mempunyai mak dan ayah kerana mak dan ayah telah membesarkan kami dengan sempurna dan memberikan didikan agama yang sepatutnya.

Arwah mak telahpon menarik nafas terakhirnya pada 26 Mei 2009 bersamaan 1 Jamalakhir 1430 di Hospital Bukit Mertajam kerana mengalami masalah jantung. Tanpa amanat dan pesanan terakhir yang arwah mak sampaikan sebelum pemergiannya. Namun segala nasihat dan kata semangat akan aku ambik dan jadikan pedoman dalam kehidupan harian.

Setelah itu, bermulalah kehidupan kami (saya,abang,adik dan ayah) tanpa arwah mak. Alhamdulillah pemergian mak amat sempurna kerana arwah telah melihat ketiga-tiga anaknya telah melangkah kaki masuk ke Universiti. Kehidupan kami teramat sunyi tanpa ada leteran seorang ibu. Namun kami tetap kuatkan semangat dan teruskan kehidupan masing-masing.

Sekali lagi, saya rasa amat terkilan kerana Allah amat menyayangi ayah. Kini ayah pula pergi buat selama-lamanya. Arwah ayah telah pon menarik nafas terakhir pada 6 April 2012 bersamaan 14 Jamadilawal 1433 juga di Hospital Bukit Mertajam dan juga mengalami masalah jantung. Arwah ayah pergi dengan tenang sekali juga tanpa sebarang amanat dan kata-kata terakhir beliau. Ya, Allah kehidupan kami bertiga berasa begitu sunyi yang teramat. Begitu pantas masa berlalu kami bertiga sekarang melalui kehidupan tanpa mak dan ayah.

"Ya Allah, engkau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang beriman dan orang yang soleh dan engkau cucuri rahmat keatas ibu bapaku di sana"

Cukup indah ciptaanmu mencipta pasangan ini (mak dan ayah). Keadaan mak dan ayah sebelum menarik nafas terakhir sama dan meninggal dalam keadaan yang sama. 3 perkara yang paling indah : Perbezaan umur mak dan ayah beza 3 tahun, perbezaan meninggal beza 3 tahun dan mempunyai anak 3 orang.

~~~~~~~ AL-FATIHAH ~~~~~~~

Lamanya tak update my blog

Assalamualaikum semua.... apa khabar?
Lamanya saya membiarkan blog saya ni menyepi tanpa berita. Apa la gunanya blog ni kalau tidak diisi dengan kata-kata pembakar semangat atau boleh juga meluahkan perasaan. hehehe.. but the way InsyaAllah saya akan update perkembangan terbaru tentang diri saya dari masa ke masa.

23 March 2010

KISAH BENAR

Kalau dalam tempoh akhir tahun lepas iaitu tahun 2009, kita dipaparkan dengan beberapa berita yang mengatakan di beberapa tempat contohnya telah dapat memperlihatkan kejadian sejadah sembahyang berdiri di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan juga di Kelantan. Kejadian-kejadian seperti ini seperti nampak seperti bermusim pula. Lepas satu-satu kejadian seperti ini dikatakan terjadi. Orang kita pula suka cerita karut seeprti ini. Betul ker? Kalau anda rasa gambar-gambar sejadah sembahyang berdiri sendiri sudah cukup membuatkan anda teruja, ada gambar sejadah berdiri yang lebih hebat daripada ini. Gambar terbaru di bawah ini khas datang daripada USA.


Silap hari bulan, Berita Harian Metro atu pun Kosmo akan muatkan gambar seperti ini di muka depan akhbar mereka. Kemudian letak pula tajuk berita seperti ini :


“Sejadah sembahyang berdiri kini menjadi fenomena global”


Ya…gambar di atas hanyalah rekaan semata. Kalau saya tidak beritahu pun, pastinya anda boleh menyedari daripada awal. Kadang-kadang kita hanya mendengar cerita orang, melihat insiden selepas kejadian itu terjadi tanpa melihat hujung pangkalnya dan gambar-gambar yang dipaparkan di akhbar-akhbar Malaysia tidak membuktikan kesahihan yang sebenar.Ini kerana kejadian-kejadian seperti sejadah sembahyang berdiri yang telah berlaku sebelum ini terlalu banyak “hole” untuk dibuat-buat.


Adakah orang Islam begitu mudah untuk ditipu? Mahukah kita dilihat sebegitu? Harap-harap minta-minta dijauhkan. Jadi mengapa perlu kita mempercayai bulat-bulat sedangkan hujung pangkalnya kita tidak tahu. Tidak perlu kita rasa teruja. Ini beberapa contoh keratan berita mengenagai kejadian sejadah sembahyang berdiri.


Di Kota Bharu, kejadian sejadah berdiri berlaku lagi di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang dan tiga lagi tempat iaitu Maahad Ar-Rahmah Kenali di Kubang Kerian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK). Dalam kejadian pukul 11.30 pagi, penduduk Kampung Gual Pasung Hantu gempar apabila sembilan helai sejadah dilihat seperti orang sedang solat berjemaah dalam keadaan duduk antara dua sujud. Kejadian tersebut disedari oleh seorang kanak-kanak, Mohd. Iqbal Ismail, 5, yang sedang bermain berhampiran surau itu.


Di Alor Setar, tiga helai sejadah dilihat dalam keadaan bersembahyang berjemaah di ruang solat lelaki Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan. TIGA sejadah berdiri di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kejadian itu disedari seorang kanak-kanak, Nur Zulaikha Rashid, 9, pada pukul 3.15 petang. Imam surau, Mat Rotim Mat Hussain, 70, memberitahu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh penduduk, dia terus ke surau dan terkejut melihat sejadah berdiri.


Di Bukit Mertajam pula, empat helai sejadah didakwa berada dalam keadaan sedang bersolat di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat. PENDUDUK melihat sejadah berdiri di dalam Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang. Ia kejadian kedua selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Haji Mohamad Amin, Permatang Pauh. Seorang saksi, Asni Ahmad, 49, memberitahu, kejadian itu disedari pada pukul 4.30 petang ketika dia bersama beberapa penduduk kampung masuk ke surau untuk menunaikan solat Asar. Jelasnya, ketika pintu surau dibuka, mereka terkejut melihat empat helai sejadah berdiri berhampiran mimbar menghadap kiblat.


Di Padang Besar – “Ketika saya bergegas memasuki surau untuk melihat empat sejadah berdiri, kami terlihat sehelai sejadah lagi seolah-olah turun dari rak gantung untuk mengikut sejadah lain.” Demikian dakwa seorang penduduk, Ahmad Fadil Johari, 25, yang terkejut menyaksikan kejadian sejadah berdiri yang seolah-olah melakukan sembahyang berjemaah di Surau Taman Kastam 3. Menurut Ahmad Fadil, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sejadah tersebut yang bergerak turun tiba-tiba terhenti seolah-olah menyedari dia dan beberapa rakannya masuk ke surau. “


Lebih sedih apabila orang kita kena disogokkan dengan cerita-cerita seperti ini, baru hendak sedar tentang kebesaran Allah. Berduyun-duyun nak tengok sejadah berdiri. Sepatutnya tengoklah disekeliling betapa indahnya kebesaran Allah. Musibah yang terjadi contohnya sepatutnya dijadikan ikthibar. Ini tidak, cerita-cerita karut seperti ini yang menjadi topik utama. Kejadian-kejadian ini masih boleh dipertikaikan.


Yang TV3 pun sama kasihan juga, membuat liputan tentang berita sejadah sembahyang berdiri. GEMPAR!!! Alahai…..TV3, dalam banyak-banyak berita yang lebih penting, berita seperti ini juga yang mendapat perhatian. Daripada orang tak tahu, terus tahu. Daripada yang melihatnya sebagai insiden biasa, terus takjub.


Tidak terjejas pun keimanan kita dan kita tidak disuruhkan pun beriman dengan mempercayai “cerita-cerita karut” seperti ini. Kerana ada yang lebih penting kita percaya dan amalkan. Banyak lagi kekuasaan, kebesaran ciptaan Allah yang boleh kita amati dan hayati. Itu yang lebih penting sebenarnya. Orang Islam sememangnya percaya kepada kekuasaan Allah. Tidak perlu rasanya dibuktikan dengan sejadah berdiri semata. Iman seseorang tidak akan bertambah baik atau semakin kukuh dengan hanya melihat kejadian dan insiden sejadah sembahyang berdiri.
OK la.. mungkin semua org akan kata mengarut ja dok percaya cerita ni. Kali ni aku nak cerita yang terbaru aku dengar dari ayah aku. Adik ayah aku (mak teh) pergi membawa bapa mertuanya berubat di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dengan seorg pemuda yang dikatakan baru saja terkenal dengan amalan pengubatannya. Terlintas mak teh aku untuk bertanya kepada emak si pemuda itu tentang dari mana anak dia belajar ilmu pengubatan ini di awal usia yang masih muda (dalam lingkungan 20-an). Mak pemuda tadi dengan kepercayaan dia terhadap mak teh aku dia pon bercerita.
Menurut cerita ibu pemuda tersebut "pada suatu hari, anak dia (pemuda yang mengubat) tadi melihat sejadah berdiri di ruang solat rumahnya. Pada kali pertama melihatnya dia hanya abaikan dan mengambil sahaja sejadah itu letak di tempat asal. Kemudian pada keesokan harinya pula dia mendapati perkara yang sama berlaku lalu dia terus pon menelefon makcik. Makcik melarang supaya jangan diceritakan perkara ini pada siapa-siapa dan biarkan sahaja sejadah itu begitu. Selepas itu makcik sendiri yang pergi ke rumah dia dan melihat perkara itu. Pada mulanya agak terkejut tetapi selepas itu makcik mengajak dia melakukan solat hajat kerana perkara tersebut berlaku di rumah dia. Ketika melakukan solat hajat dan pada tahayat akhir solat tersebut dengan tiba-tiba dia jatuh pengsan tanpa sedar diri. Makcik mengejutkan dia memang dia dalam keadaan tidak sedar tiba-tiba dengar suatu suara yang mengatakan bahawa dia adalah Syeih..... (tak pasti). Syeikh itu datang untuk mencari pewaris kepada ilmu perubatan beliau. Katanya beliau hampir semua tempat pergi ziarah namun semua manusia ini bongkak dan takabbur dengan perkara yang aneh ini. Jadi semua itu tidak layak untuk mewarisi ilmu beliau. Lalu beliau mengatakan bahawa anak makcik lah pewaris yang paling layak dan dia akan dikurniakan dengan kehebatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Setelah itu, pemuda tersebut itu sedar dari pengsannya lalu bertanya mengenai solat hajatnya dah selesai atau belum. Makcik pon beritahu yang dia pengsan lalu menceritakan mengenai kejadia tersebut. Alhamdullilah benar apa yang dikatakan oleh "suara" itu. Inilah sebabnya dia dapat mengubat sesiapa sahaja yang meminta bantuan dia InsyaAllah akan bantu.
Saya pon bukanlah hendak meyakinkan pembaca semua dengan cerita ini tapi ini apa yang saya dengar. Kisah kenyataan di sebaliknya wallahu'alam. Mungkin selepas ini kita tidak akan dengar @pon jarang dengar berita tentang sejadah berdiri/duduk ini. Segala apa yang baik harap ambil iktibar. Dan kita sebagai hambaNya hanya perlu yakin bahawa yang berkuasa atas setiap sesuatu hanyalah Allah semata-mata. Wallahu'alam.

20 March 2010